Langkah-langkah pengubahsuaian.
- Uji PC power supply yang mahu di ubahsuai. ON plug 240VAC dan buat wayar jumper soket PSU pada wayar HIJAU dan HITAM. Kipas penyejuk PSU akan berpusing. Periksa volt pada wayar berwarna KUNING dan HITAM menggunakan multimeter, pastikan bacaan berada pada 12VDC. OFF semula dan buka semua bekalan kuasa.
- Buka casing PSU. Potong semua soket yang digunakan untuk PC. Asingkan semua wayar mengikut warna. Kod warna adalah berdasarkan gambarajah diatas.
- Sambungkan wayar HIJAU dan HITAM pada satu ROCKER SWITCH. Ini berfungsi sebagai suis PSU anda nanti.
- Satukan semua wayar mengikut warna dan sambungkan pada terminal wayar mengikut volt masing-masing.
- Finalize PSU anda mengikut kreativiti masing-masing. SIAP!!
PENAFIAN : EAWAN, 9W2NFE sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang ketidaktepatan maklumat yang didapati dilaman blog ini dan segala kemungkinan yang timbul disebabkan ketidaktepatan maklumat tersebut.
Segala pengambilan maklumat dan ujikaji yang dilakukan melalui laman blog ini adalah diatas risiko sendiri