Wednesday 25 January 2017

Basic PLC Programming 1

Pada asasnya, untuk memulakan sesuatu program PLC, terdapat 3 simbol yang paling penting dalam sesuatu program.
  1. Normally Open contact.
    - Contact ini merupakan suis yang dalam keadaan normalnya OFF jika tidak medapat sebarang isyarat INPUT.
  2. Normally Close contact
    - Contact ini adalah vice versa kepada contact normally open. Dalam keadaan normalnya, ia akan ON jika tidak mendapat sebarang isyarat INPUT 
  3. Output relay.
    - Ia merupakan hasil dari keadaan kawalan isyarat INPUT. Kebiasaannya ia berada disebelah kanan setiap program.




STRUKTUR PROGRAM
      Program biasanya dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

  1. Litar KAWALAN
    - Litar ini merupakan segala proses yang diperlukan untuk mengawal keadaan OUTPUT yang diperlukan sebelum isyarat dihantar untuk menghasilkan kerja.
  2. Litar KUASA
    -  Litar ini adalah hasil daripada isyarat INPUT yang diproses dan mengeluarkan isyarat OUTPUT bagi mesin atau peralatan untuk melakukan kerja yang ditetapkan. 




PENAFIAN : EAWAN, 9W2NFE sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang ketidaktepatan maklumat yang didapati dilaman blog ini dan segala kemungkinan yang timbul disebabkan ketidaktepatan maklumat tersebut.
Segala pengambilan maklumat dan ujikaji yang dilakukan melalui laman blog ini adalah diatas risiko sendiri
Sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh hubungi saya. 

Tuesday 17 January 2017

Basic PLC Programming 3

Berikut menunjukkan bagaimana isyarat INPUT boleh diolah untuk mengawal isyarat OUTPUT.
1. OR Gate
OR Gate adalah isyarat INPUT yang disusun secara selari dimana salah satu isyarat INPUT boleh mengawal isyarat OUTPUT.

2. AND Gate
AND Gate adalah isyarat INPUT yang disusun secara sesiri dimana kedua-dua atau semua(jika lebih dari dua) isyarat INPUT perlu ON untuk menhasilkan isyarat OUTPUT dalam keadaan ON.

3. NOT Gate

  • NOT Gate adalah isyarat INPUT yang menghasilkan isyarat OUTPUT yang berlawanan dengan status INPUT.



PENAFIAN : EAWAN, 9W2NFE sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang ketidaktepatan maklumat yang didapati dilaman blog ini dan segala kemungkinan yang timbul disebabkan ketidaktepatan maklumat tersebut.
Segala pengambilan maklumat dan ujikaji yang dilakukan melalui laman blog ini adalah diatas risiko sendiri
Sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh hubungi saya. 

Monday 16 January 2017

Basic PLC programming 2

Untuk membuat program plc, berikut adalah litar kawalan asas yang biasa digunakan.
1. Direct control
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal isyarat output secara terus dari isyarat input.

2. Indirect control
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal isyarat output menggunakan internal relay dari isyarat input

3. Timer control
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal isyarat output yang mempunyai pemasa(timer) yang telah ditetapkan dari isyarat input. Isyarat output akan ON setelah pemasa mencapai masa yang telah ditetapkan apabila isyarat input ON.

4. Latch control
Litar ini biasa digunakan untuk mengawal isyarat output secara terus dari isyarat input dan terus ON walaupun isyarat input telah OFF.




PENAFIAN : EAWAN, 9W2NFE sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang ketidaktepatan maklumat yang didapati dilaman blog ini dan segala kemungkinan yang timbul disebabkan ketidaktepatan maklumat tersebut.
Segala pengambilan maklumat dan ujikaji yang dilakukan melalui laman blog ini adalah diatas risiko sendiri
Sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh hubungi saya. 

Friday 13 January 2017

Litar Power Driver LED

Schematic:




credit: Carlos Asumo






PENAFIAN : EAWAN, 9W2NFE sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang ketidaktepatan maklumat yang didapati dilaman blog ini dan segala kemungkinan yang timbul disebabkan ketidaktepatan maklumat tersebut.
Segala pengambilan maklumat dan ujikaji yang dilakukan melalui laman blog ini adalah diatas risiko sendiri
Sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh hubungi saya.
Whatsapp MAFeS One Stop Center